Pemberian mata Damak

Permainan ini bisa dimainkan dalam pelbagai cara dan format. Walau bagaimanapun, mata dalam perlawanan rasmi dikira berdasarkan kedudukan balingan damak:

  • damak mesti mengenai bahagian bernombor yang besar diwarnai hitam atau putih.
  • lingkaran tengah dibahagikan kepada bulatan luar berwarna hijau ("outer", "outer bull" atau "single bull") bernilai 25 mata (bull's ring) dan bulatan dalam berwarna merah atau hitam (usually known as "bull", "inner bull" or "double bull") bernilai 50 mata (bullseye).
  • damak mesti terbenam dalam lingkaran luar, tiada mata akan diberikan jika sebaliknya.
  • damak mesti melekat pada atau menyentuh permukaan papan.
  • damak mesti kekal pada kedudukan akhir ia dibling sehingga ia dikumpul; mata tidak akan diraih jika damak tersebut melantun, gugur dengan sendirinya mahupun tercabut akibat kesan kuat balingan damak seterusnya. Perkara ini berbeza jika menggunakan papan elektronik di mana mata tetap akan dikira selagi damak betul-betul telah mengenai papan tersebut.